Monday, April 18, 2011

Sama...tapi tak serupa

Cikgu watashi penah cakap…


Hormatilah orang yang mude kerana org yg mude kadangkala cerdik akalnya

Hormatilah orang tua kerana org yg tua banyak pengalamannya

Hormatilah orang yang pandai…kerana kita akan perolehi ilmu bermanfaat drpadanya…

Dan hormatilah orang yg bodoh…kerana kita akan mengetahui kebodohannya dan kita takkan menjadi bodoh sepertinya…



Imam Ghazali pulak pernah berkata…

Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.

Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

1 comment:

adie said...

nice!

kekadang kita lupa seme tu.