Friday, March 20, 2009

Anugerah wanita paling gagah...


Kalau watashi boleh menobatkan wanita paling gagah... tentunya anugerah ini layak pada kaum wanita di Gazah, Palestin....sebab:-


  1. Mereka sanggup mengandung dan melahirkan bayi seramai yang boleh dalam keadaan peperangan semata-mata untuk memastikan generasi mereka terus wujud di Palestine walaupun musuh sentiasa cuba melenyapkan bangsa Palestin dari muka bumi ini...
  2. Setiap hari mereka menghantar suami mereka keluar bekerja di muka pintu tanpa berharap suami mereka pulang dengan selamat kerana di Gazah, adalah tidak mustahil kalau suami mereka keluar waktu pagi dan tak pulang2 kembali.

  3. Begitu juga dengan anak- anak mereka...kalau waktu paginya mereka menghantar anak mereka ke sekolah setiap pagi...tak mustahil satu hari nanti anak mereka pulang ke rumah lagi...sungguh pun dalam peperangan, mereka sedar akan kepentingan pelajaran...dan tahukan kita bahawa banyak ilmuan Islam berasal dari Palestin? mazhab yang kita ikut sekarang pun (Imam Syafi'i) beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine pada tahun 150 Hijrah...ade sesetengah pelajar kita...hari2 pegi sekolah...bagi belanja sekolah...mak ayah beli buku, pensel, pensel kaler siappp!!! pun kadang2 pegi sekolah malas!

  4. Mereka menyediakan makanan dan bekal kepada suami2 mereka yg keluar berkawal, sentiasa menyokong dari belakang suami dan anak- anak mereka pergi berjuang.

  5. Walaupun hidup mereka sangat daif, makanan tak cukup, kediaman mereka musnah, tapi mereka masih boleh menutup aurat dengan sempurna. Berbanding dengan masyarakat kita, tinggal di tempat aman pun kadang2 macam tak cukup kain... Apekah???

Itu baru sikit...tak cerita lagi tentang semangat...tentang cinta mereka pada agama...cinta mereka pada tanah air...Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Riduan, kaum wanita di Gazah sangat cekal hati mereka. Semangat mereka untuk terus hidup . Kesengsaraan yang mereka hadapi kalaulah berlaku pada kita mungkin tak tertanggung. Sudahlah tercedera, mereka hilang anak, hilang suami, hilang ibu bapa, hilang harta benda...kalau la watashi...ermmm...meroyan kot??? hmm...ntah la...

P/S: Kawan watashi Kapten Nornie yg baru2 ni masuk surat khabar selepas muncul wanita pertama dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia yang diberi tugas sebagai Ajutan perbarisan, iaitu mengelola dan memastikan ratusan anggota serta pegawai yang terlibat dalam satu-satu perbarisan berada di satu tempat yang sepatutnya sebelum diserahkan kepada penolong ketua perbarisan. Dulu dia pernah cakap kat watashi, dalam kem, lelaki dan perempuan layanannya sama banyak... kalau suruh volunteer untuk melakukan sebarang latihan fizikal...selalunya perempuan yang akan start...kunun2...ladies first la... tapi sebenarnya diorng tu takut... hahaha... patut lah tugas melahirkan anak tu diserahkan pada wanita... ermm...

8 comments:

adie said...

aku sokong!

saracocohoney said...

Part mana yg kamu sokong neh mr. Penyu?

Jard The Great said...

ooo... gagah la sgt!!! takut woo...

saracocohoney said...

Diorg tak takut...diorg rela mati syahid...

FIDtotheAH said...

tu la kan.. lelaki seumur hidup sakit masa nak sunat je.. belum suh beranak 3-4 orang... (tu pun berarak satu kampung buat kenduri siap.. huh!)

saracocohoney said...

Fid,
tu la...over la diorg tuh...

me3n said...

respecto ;p.

saracocohoney said...

Ad3ck,

:)