Wednesday, February 25, 2009

Kalau cantek...tapi tanak pakai...baik kome bg kat watashi ajer...



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya mewakili Team Jualan Amal SALAM ingin mendapatkan kerjasama anda untuk sama- sama membantu mengumpulkan barang-barang terpakai untuk dijual semasa Program Jualan Amal SALAM yang akan diadakan pada:-

Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : 10 hingga 12 April 2009
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Amcorp Mall, Petaling Jaya


Tujuan karnival Jualan ini adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai program-program yang bakal dilaksanakan oleh sukarelawan Yayasan Salam.

Barangan- barangan terpakai yang diperlukan adalah:

1) Pakaian- baju kurung, sweater, dan jeans
2) Eksessori- gelang, rantai, cincin, jam dan lain-lain
3) Kasut
4) Beg
5) Barangan kediaman- barangan elektrik mudah bawa, pinggan mangkuk, perhiasan dan lain-lain
6) Buku- Novel, koleksi komik dan lain- lain
7) CDs, VCDs- yang tulen sahaja
8) Permainan

Diharap para sukarelawan dapat membantu menghebahkan pada orang ramai tentang program ini dan sudi menghantarkan barangan tersebut ke :
Pejabat Yayasan Salam Malaysia,No 22 Jalan Changai, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (Next to Asunta School)
Waktu penghantaran barangan adalah pada waktu pejabat dan cuti hujung minggu. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Saudari Sarah (017-3100 447) atau Pn. Masriah (013-381 9063).

Terima Kasih

P/S: Kami juga meminta jasa baik anda untuk mengasingkan barangan mengikut jenis bagi memudahkan proses pengkelasan dan diletakkan ke dalam kotak. Sila sebarkan maklumat ini pada rakan- rakan anda (email, blog, facebook, myspace, friendster, tagged...boleh saja...)


9 comments:

Anonymous said...

kalu rajin buat lah banner ,nnt bleh ku taruk kat blog sgb tanda promosi.

Jard The Great said...

hmmm.. rase nak gi..

Jard The Great said...

rase nak gi.. ehhe

Jard The Great said...

rase nak gi.. ehhe

saracocohoney said...

Penyubiru,
iyer...banner akan menyusul...hahaha tak siap lagi erk!

Jard,
Moh le dtg...pgi tuh pi jogging kat situ lepas tu terus dtg sini...

me3n said...

jap eh punggah lemari baju ku jap. ;p. setuju dgn cadangan penyu poyo.

Mak Su said...

hhhmm, menarik. kalau maksu ada sehelai dua barangan terpakai, camner? boleh join ker kasik kat uols ?

saracocohoney said...

Adeck,
tu posternyer dah ade...sila grab...


maksu,
boleh...boleh...tak kesah punya...

MariaFaizal said...

Dik,
If akak tak der transport, boleh adik & Fidah datang rumah.Coz baju sangat2 banyak dik..:D

Thanks, just wondering...