Hmmm...watashi rase korang pun dah tau ape yg berlaku kat Palestin nun... kekejaman Israel yg tak bleh dimaafkan...moh le kita sama2 berdoa dan solat hajat untuk saudara kita agar peperangan segera dihentikan...watashi dah tak sanggup lagi nak baca atau dengar... watashi sedar watashi lemah... watashi hanya bleh tumpang sedeh...tapi ape yg watashi bleh buat...
"aku bukan perwira...gagah menghunus senjata...namun hati rela berkorban walau dengan cara sendiri..." so, kalau korang ade rezeki lebih, bleh la menyumbang pada tabung Palestin neh...mungkin sumbangan kita neh boleh menyelamatkan nyawa... besar pahalanya...
.
Yayasan Salam tubuh tabung khas Palestin
Yayasan Salam Malaysia menubuhkan tabung khas bantuan kemanusiaan penduduk Palestin
bagi membolehkan semua pertubuhan dan organisasi serta rakyat Malaysia menghulurkan
bantuan kepada mangsa- mangsa kekejaman Israel. Tabung yang diwujudkan hasil kerjasama dengan Forum Profesional Malaysia itu turut memberi resit pengecualian cukai kepada mereka yang menderma lebih RM50. Hasil sumbangan orang ramai itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan rakyat Palestin termasuk ubat-ubatan.Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui cek atau wang pos dengan mengirimkan atas nama Yayasan Salam Malaysia dan menulis di belakang cek tersebut 'Tabung Palestin'.
"Orang ramai yang mahu menderma wang tunai menerusi bank pula, boleh memasukkan sumbangan ke akaun Public Bank Yayasan Salam Malaysia di 3072 8793 02.
Selain itu, orang ramai boleh menyumbang terus ke ibu pejabat yayasan di 22,
Jalan Changgai 6/22, 46000, Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79584021
Yayasan Salam pada masa ini sedang membuat persiapan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza dengan bantuan NGO antarabangsa yang telah berada di sana. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Palestin supaya memberi kebenaran memasuki sempadan Gaza melalui laluan-laluan yang dibenarkan.
.