Tuesday, March 31, 2009

Sape kate saya tak support?



Dah lama tak update pasal weekend watashi kan? sebenarnya...sejak dua menjak neh watashi sibuk menguruskan barang- barang untuk Jualan Amal Salam 2 minggu lagi...Alhamdulillah...
ramai jugak yang sudi menghantarkan barang2an terpakai untuk dijual... Barang yg baru pun ade org hantar...ade yg bg aksessori yg mahal2...I really appreciate it! Thank guys, kerana memudahkan tugas watashi...semoga Allah murahkan rezeki kamu2 sumer...Aminnn...
.
Hari Sabtu bersamaan 28 Mac 2009...lepas sorting2 barang...buat fridge magnet bagai untuk jualan amal tuh...we ols pegi ke Capsquare utk tengok sambutan Earth hour...naik lrt jer since watashi pun tak penah pi Capsquare tuh...saje la pi...sebab tak penah tengok kan?...kami dah beli tiket... so pi la redeem tiket tuh...dapat CD ngan wrist band glow in the dark...orang ramai giler...buat watashi rimas... pastu pegang2 lilin dalam cawan...hmmm...rase tak selesa juga...cam ritual la plak...padahal takde niat aper pung... tak lama watashi kat situ...pastu kitorng move ke Masjid Jamek utk solat Maghrib, then move ke KLCC utk tgk depa tutup lampu KLCC yg tinggi tuh??? ape tah yg best...









Pastu kan...kami dapat masuk tivi...ihik!

credit to rejab n sam for the nice picca

Wednesday, March 25, 2009

Bodoh la...diorang tu kan budak jer...



Wah! bercampur baur perasaan watashi dengan citer neh...geram...sedeh...bencik! skang neh watashi mmg mood citer pasal Palestin sebab semenjak 2 menjak neh, geng2 watashi sibuk dengan Pameran Gaza yg pada mulanya dipamerkan di Parlimen dan kemudian di bawa ke PWTC...dan sehingga entry ni di tulis pameran tuh still lagi berlangsung...hmmm... naper watashi takder kat sana? ermm...watashi tak leh balik lewat malam...takut Si Merah bertukar menjadi labu...eceh!...hmmm...sok keje la!

Berbalik cerita pasal Palestin, yang banyak menjadi mangsa kekejaman Israel adalah kanak2...hey!!! please la.. diorg neh ingat diorg hebat dapat bunuh budak2??? siyes diorang mmg tak pakai otak... Pada watashi tentera Israel x penah menang...kalau takat bunuh budak...budak kecik pun bleh...

Runtuh hati watashi bila dengar citer dr Sukarelawan Muslim Care tentang hospital mereka yg sangat daif disana...ubat tak cukup...tempat juga tak mencukupi...Ambulan2 mereka di bom...walaupun dalam kesakitan...kanak2 neh masih boleh membaca Al-Quran dengan bersemangat...dan apabila ditanya...rupa2nya ayat Al- Quran menjadi ubat bius pada kesakitan mereka...benarlah Al-Quran punyai banyak zat dan penawar pada orang yang yakin padanya...

Walaupun masih muda... mereka tak sama macam pemuda2 di tempat lain...mereka sangat berdikari...berjiwa besar...x putus asa...semangat juang yg hebat! sungguhpun cam tuh...diorang tak lepas dr bedilan bom2 Israel yg babi tuh... ada yg hilang anggota...cacat dan cedera... seksaan mental...trauma yg tak putus2...tapi diorang neh mmg tegar la... "Kaki saya dah sampai kat syurga...tapi saya masih di sini"...hmm...itu beza kita dengan mereka...kita begitu sekali menyintai kehidupan berbanding kematian...

Kalau kita berada di Gazah...kita tak perlu lari...sebab tak de tempat yg selamat di Gazah... So bersyukurlah!!! Kita masih ade makanan, tempat tinggal, pekerjaan...dan kita still lagi bleh bergelak ketawa...gurau2...sakat2... tapi diorang?





Datanglah beramai-ramai ke pameran foto bertajuk "Pembunuhan Di Gaza" anjura Yayasan Salam dan Kementerian Luar Negeri di PWTC mulai 24hb Mac ini. Pameran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada 25hb Mac. Pameran diadakan di Aras 3 PWTC.

Tempoh pameran : 24 - 28 Mac 2009 (Selasa - Sabtu)
Waktu pameran : 9.00 pagi hingga 9 malam


Yayasan Salam juga menjual cenderahati sempena Pameran itu. Cenderahati ini adalah poskad dan langyard. Belian pukal digalakkan. Hubungi Nal atau Masriah ditalian 03-79584021, untuk butiran lanjut.

Monday, March 23, 2009

"Look into my eyes"...

Isam is singing this song for kids in palestine

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land (what)
And I'm the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

American , do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

[with kids]
Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

Friday, March 20, 2009

Anugerah wanita paling gagah...


Kalau watashi boleh menobatkan wanita paling gagah... tentunya anugerah ini layak pada kaum wanita di Gazah, Palestin....sebab:-


  1. Mereka sanggup mengandung dan melahirkan bayi seramai yang boleh dalam keadaan peperangan semata-mata untuk memastikan generasi mereka terus wujud di Palestine walaupun musuh sentiasa cuba melenyapkan bangsa Palestin dari muka bumi ini...
  2. Setiap hari mereka menghantar suami mereka keluar bekerja di muka pintu tanpa berharap suami mereka pulang dengan selamat kerana di Gazah, adalah tidak mustahil kalau suami mereka keluar waktu pagi dan tak pulang2 kembali.

  3. Begitu juga dengan anak- anak mereka...kalau waktu paginya mereka menghantar anak mereka ke sekolah setiap pagi...tak mustahil satu hari nanti anak mereka pulang ke rumah lagi...sungguh pun dalam peperangan, mereka sedar akan kepentingan pelajaran...dan tahukan kita bahawa banyak ilmuan Islam berasal dari Palestin? mazhab yang kita ikut sekarang pun (Imam Syafi'i) beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine pada tahun 150 Hijrah...ade sesetengah pelajar kita...hari2 pegi sekolah...bagi belanja sekolah...mak ayah beli buku, pensel, pensel kaler siappp!!! pun kadang2 pegi sekolah malas!

  4. Mereka menyediakan makanan dan bekal kepada suami2 mereka yg keluar berkawal, sentiasa menyokong dari belakang suami dan anak- anak mereka pergi berjuang.

  5. Walaupun hidup mereka sangat daif, makanan tak cukup, kediaman mereka musnah, tapi mereka masih boleh menutup aurat dengan sempurna. Berbanding dengan masyarakat kita, tinggal di tempat aman pun kadang2 macam tak cukup kain... Apekah???

Itu baru sikit...tak cerita lagi tentang semangat...tentang cinta mereka pada agama...cinta mereka pada tanah air...Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Riduan, kaum wanita di Gazah sangat cekal hati mereka. Semangat mereka untuk terus hidup . Kesengsaraan yang mereka hadapi kalaulah berlaku pada kita mungkin tak tertanggung. Sudahlah tercedera, mereka hilang anak, hilang suami, hilang ibu bapa, hilang harta benda...kalau la watashi...ermmm...meroyan kot??? hmm...ntah la...

P/S: Kawan watashi Kapten Nornie yg baru2 ni masuk surat khabar selepas muncul wanita pertama dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia yang diberi tugas sebagai Ajutan perbarisan, iaitu mengelola dan memastikan ratusan anggota serta pegawai yang terlibat dalam satu-satu perbarisan berada di satu tempat yang sepatutnya sebelum diserahkan kepada penolong ketua perbarisan. Dulu dia pernah cakap kat watashi, dalam kem, lelaki dan perempuan layanannya sama banyak... kalau suruh volunteer untuk melakukan sebarang latihan fizikal...selalunya perempuan yang akan start...kunun2...ladies first la... tapi sebenarnya diorng tu takut... hahaha... patut lah tugas melahirkan anak tu diserahkan pada wanita... ermm...

Tuesday, March 17, 2009

Perlahan2 kita lupe kan?


Last week watashi berkesempatan menghadirkan diri ke taklimat pameran Gaza yg akan dipamerkan di Parlimen dan juga kuliah Maghrib anjuran RHB yang juga bercerita sedikit sebanyak tentang pengalaman mereka memasuki bumi Gaza baru2 neh...so...atas permintaan kawan watashi..mereka mintak watashi share la dengan diorg cerita tentang peperangan di Palestin sana...Hmmm...ape lah salahnya...Allah jadikan bumi ini satu, bukan dua, kan bertujuan supaya kita hidup saling berkongsi...supaya kita sentiasa beringat yg saudara kita di sana tuh benar2 dalam kesusahan dan mereka perlukan sokongan kita...

Cerita tentang peperangan di Palestin neh bukan la cerita baru...dah beribu tahun sejak zaman Rasulullah lagi...Bumi Palestine menjadi rebutan 3 agama...Islam, Yahudi dan Kristian... selain dari tu...ketidakpuashatian puak Bani Israel bahawa Nabi Muhammad berbangsa Arab dan bukan kalangan orang Yahudi seperti Nabi2 sebelumnya mengundang kebencian yang tak surut2 terhadap orang2 Islam... kebencian ini di lukis di dinding2 supaya anak cucu mereka kelak akan membalas dendam pada orang Islam...so pokoknya di sini adalah DENDAM YG TAK PERNAH PADAM!

So mase 5 Rejab 15H, berlaku peperangan Yarmuk (Mujahiddin Islam vs Rom) dan kemenangan pada tentera Mujahiddin walaupun bilangan mereka sikit... Tentera Mujahiddin kemudian meneruskan perjalanan ke Baitul Maqdis...kat sana tentera Islam kepung kota tanpa sebarang serangan...after a few month, musuh give up then mereka menyerahkan Baitul maqdis dan termetrailah Perjanjian Umariah...Saidina Umar sendiri yg dtg mengambil kunci kota dan Umar berjanji kepada penganut Kristian bahawa kaum Yahudi tidak dibenarkan tinggal di situ (sebab bangsa Yahudi neh memang x bleh buat baik dan munafik) dan mereka di beri kebebasan beragama dan menjanjikan keamanan kepada mereka....dan mereka pun hidup aman damai selama 4 kurun...tapi!!!...
Tentera Salib datang menyerang dan diriwayatkan bahawa 70,000 umat Islam dibunuh di dalam Masjid Al Aqsa...dan mereka terdiri dr ulamak, imam, pelajar dan ahli ibadat...hmmm...dengan harta2 org Islam sekali kena rampas...Ape kess??!!!

Namun kekuasaan mereka akhirnya ditumbangkan oleh tentera Sultan Salahuddin Al Ayubi...mase tu kaum tentera Salib dlm ketakutan dan setuju utk letak senjata dan merayu supaya tak diapa2kan...Salahuddin neh baik betul...so termetrailah perjanjian penyerahan Kota al-Quds pada 27H...Dia bg masa tentera Salib keluar dr baitul Maqdis dlm mase 40 hari bersama2 harta mereka...dan kena denda..lelaki 10 dinar...pompuan 5 dinar...kanak2 2 dinar je...(sumber: Gaza menangis by Riduan Mohd Nor & Aris Hazlan Ismail) mase depa kena keluar tu siap kena iring dengan tentera Islam sebab takut diorg kena rompak mase kuar dari Baitul Maqdis...isk!

Tu blom abeh lagi...tu just serba sedikit sejarah perebutan Bumi Palestin ya ...korang busan yer cerita sejarah?takper...nanti ku sambung lagi... biar kome lebih busan membacanya...

Tooth Fairy dtg melawat...ade caper2 nak bg duit?




Ari neh watashi tak keje...MC...pasal sakit gigi...sepanjang hidup watashi...watashi tak penah sakit gigi... Kali ni watashi sakit gigi sebab tooth fairy datang melawat...bukan fallen out tapi tumbuh gigi bongsu...hahaha...sebelum neh gigi bongsu tumbuh sebelah kiri tak lah sakit sangat... sakit sesikit jer...kali neh bengkak gusi siappp!!! die punya sakit merebak ke telinga dan tekak...nak telan air liur pun payah...huhuhu...menderita rasanya...mase jumpe ngan doc pagi tadi watashi malu nak cakap yg watashi sakit gigi sebab tumbuh gigi bongsu...watashi just ckp gusi watashi bengkak...lepas doc check...

Doctor: Hmmm...takde aper...just gigi bongsu you baru nak tumbuh...so, bengkak tu adalah biase...
Watashi: (Alamak! die dah tau!! :P)
Doctor: (sambil2 check profile watashi...) So you are....27?...ermm??..hahaha
Watashi: Yeah...27...hmmm...heh~ (cess!! die gelakkan aku???)
Doctor: Ok...I bg you antibiotic...bla..bla..bla...

Balik Klinik watashi cerita kat mama watashi yg Doc gelakkan watashi sebab dah umur 27 baru tumbuh gigi bongsu...then mama watashi cakap..."ko tu mmg serba lambat... dulu umur setahun lebih baru tumbuh gigi...umur dah setahun lebih jugak baru boleh berjalan..." Aikk??? salah caper neh watashi lambat tumbuh gigi???

P/S: Lepas neh watashi dah tak bleh tinggi dah...huhuhu....

Thursday, March 12, 2009

Watashi banyak hutang...

Sedarkah kita semua berhutang?
Bukan PTPTN...itu semua bisa langsai...
Bukan loan sebab itu juga bisa langsai...
Kita hidup mudah...
Terlalu mudah...
Kita boleh tidur dengan nikmat...
Boleh makan dengan enak...
Sedangkan hidup mereka sengsara melindungi kiblat pertama kita...
Hidupnya...matinya...syahid!
Ya...Al Aqsa milik kita...tapi apa yg kita buat untuk mempertahankannya?
Suruh boikot aje sudah tak tegar...
Ya Allah! Kami berhutang darah dengan Palestine!

Monday, March 9, 2009

Marathon...takde kena mengena dengan larian yer...ni cover untuk sebulan neh...hue~

Wawawa...tak kira nak update jugak walaupun dh lama...hahaha... Dah lama tak update aktiviti weekend watashi...so watashi nak buat kompilasi sket supaya watashi tak lupe...hmm banyak dah lupe sebenarnya...hahaha... neh cover untuk sebulan lebih punya aktiviti neh...so enjoice!


23 January 2009 (Sempena thn baru Cina...hoho)

Kami ke Alor Star sebab dapat invitation ke rumah Abah dan Ummi kat sana (diorg neh ahli MYAC Veteran) dan kitorang juga ada lunch ngan Dato' hmmm...lupe...kat Menara Alor Star + ade Event mengacau bubur Asyura + kutipan tabungan untuk Gaza.... hmmm...dapat lah naik menara Alor Star free...





24-27 January 2009


Dari Alor Star kami move ke Phuket...kena naik van sampai ke Hadyai then dr hadyai kami naik bas express ke Phuket... percutian kali ni kitorg backpackers sebab kitorang takder budget sebab baru jer berjimba ker Kemboja bulan lepas...plus sekarang adelah waktu peak season...sume barang mahal...adoi yay!

Yang best...sepanjang di Phuket kitorang sewa motor...hehehe...dan kitorang juga berpeluang ke Phi Phi Island dan pulau2 sekitarnya dengan pakej Island Hoping yg ade kat sana...







Tak larat nak tulih...For more story...bleh la tgk kat blog geng2 kelaut watashi yek! sama jer ceritanya...heh~



30-1 Februari 2009


Watashi balik kg kat Kedah...asyik pi melagha jer... walaupun sepanjang bulan December ari tuh parents watashi balik Kajang...tapi...saje la...watashi pun dah lama tak jengah nenek watashi...hmmm...nenek watashi pun dah uzur...tapi alhamdulillah...dia still boleh mengurus diri sendiri...just kekadang, sakit2 dan demam2...hmmm... watashi mula2 agak tak setuju bila abah watashi decide nak back for good lepas die pencen last 3 years ... tapi, bila mengenangkan ni la masanya mama nak balas jasa nenek watashi... watashi redha dalam sendu...haih!
Balik kg kali neh watashi sempat pegi mandi air terjun kat tebing tinggi...hehehe...mandi sungai...suke...


7hb Februari 2009( Sabtu)

Kami pi Ulu Bendul... watashi bawak anak2 rumah solehah... pegi dengan gang2 Uniten...camping sambil bakar hewan2 dan ubi2... mandi sungai lagi...wahahaha!!!



ni gambor dlm ayor
14 Februari 2009 (Sabtu)

Pegi meeting untuk program Jualan Amal Salam kat opis Salam...balik tu watashi ngan Zam terus pergi amik Abg Long kat rumah Solehah then shoot ke rumah nenek Abg. Long kat Hulu Langat...lama tak jengah nenek....

15 Februari 2009 (Ahad)

Pergi mandi sungai dengan Zam dan Abg Long since umah nenek dekat je dengan Sg. Congkak... 3 minggu berturut2 mandi sungai...hue...hue...satu pencapaian yg amat cemerlang...skill berenang juge semakin mantop! wakakaka...percaya la tuh...

Lepas lunch, hantar Abg Long then terus shoot ke Berjaya Times Square for gugirl outing... Ahli2 gugirl terdiri dari watashi, kareem, zehe,zam dan Ina...huh! pi tengok wayang citer Benjamin Button...wah! Brad Pitt...sangat ensem...hmm...sebenarnya...tak la minat sangat ngan Brad Pitt tuh...gitu2 jer...


21 Februari 2009 (Sabtu)
Proram 3R dekat NIOSH Bangi...program ni adelah program recycle yg kami buat untuk mengumpul dana bagi membiayai program2 volunteer Salam...mean... program kitorang la... bkn program berjimba yer...program kemasyarakatan...heh~
Balik tu singgah main layang2 kat Tasik Cempaka...baru jer main...hujan la pulak...terpaksa pegi makan sate kat Kajang...hmmm...



22 Februari 2009 (Ahad)

Bawak anak-anak Solehah pegi tengok Pengembaraan Geng: Upin dan Ipin...anak ku si Ayip sangat suke tgk Upin dan Ipin mase bulan Ramadhan lepas... so...kami pun pakat2 bawak diorng pi tgk wayang + makan2...hmm...watashi tumpang gembira tengok diorg gembira...



28 Februari 2009 (Sabtu)


Watashi attend majlis kenduri Aqiqah + cukur jambul cucu jiran watashi... Patang tu ade sambutan ulangtahun ketiga Diyana... watashi dengan bebudak ni sangat rapat...kalau watashi balik opis awal...watashi mesti culik cucu jiran watashi ni datang main kat umah... diorg neh...sangat la adorable dan bijak...haih!


Ni abang... nama Danial Naufal


Ni Kakak...nama Diyana Asfa


Yang kecit tuh nama Damia...skang kepala die dah botak...

Balik dr kenduri...terasa sangat busan...calling2 Rejab dan Zam, kitorang gi amik anak watashi Si Ayip, Tamamul dan Abg Long kat rumah solehah bawak pegi main Bowling kat Ampang Point...Balik singgah makan kat Wong Solo...hmm...sedap! Nik banjer plak tuh...bertambah sodap lah yo!

1 March 2009

Tak buat aper sangat...just melayan Ayip dan Tamamul sebab semalam watashi bawak diorg balik rumah... dalam pukul 3 watashi hantar dirong balik rumah solehah sebab Tamamul cakap die exam pertengahan tahun esok...Apekah? nak exam...bleh dok main2 lagi...hmmm... kalau watashi tau die nak exam...watashi tak bawak die keluar semalam...patutnya die kena ulangkaji... hmm...nak marah anak orang...watashi dulu mase kecik pun sama gak perangainya...haih!

Habih cerita untuk sebulan...this week nyer program.... nanti2 jer la watashi sambung yek...hmmm.. sebenarnya...Watashi penat...hmmm...penat yg sendirik cari...but I'm happy...so redha jer la... i'm not complaining...tp betul ker ape yg watashi buat neh?...watashi cuba balancekan antara duniawi dan hakiki ...tapi...betul ke caranya...ermmm..... Ya ALLAH ...I need your guidance!!!